Tunjukilah kami jalan yang lurus,

Khamis, 30 Julai 2009

Cara melindungi komputer daripada virus

Cara melindungi komputer daripada virus


1) Pastikan anda memasang perisian antivirus yang berkesan ke dalam cakera keras komputer. Selain itu, anda hendaklah membuat setting pada perisian tersebut untuk memastikan ianya dapat menghalang segala aktiviti yang dilakukan oleh virus tersebut.

2) Pastikan definis virus perisian antivirus anda sentiasa dikemaskini. Sekiranya pc anda diuruskan oleh server antivirus, anda tidak perlu risau kerana definisi virus anda secara automatik akan dikemaskini oleh server. Namun, sekiranya sistem antivirus anda tidak diuruskan oleh server antivirus, anda hendaklah mengemaskini sendiri dengan mendapatkan kemaskini terkini dari pembekal perisian antivirus anda.

3) Pastikan anda sentiasa lakukan scanning cakera keras secara berterusan untuk tempoh-tempoh tertentu. Jika boleh scanning dijalankan selepas proses pengesmaskini fail dilakukan.

4) Berhati-hati dengan fail yang dihantar menerusi emel. Jangan buka fail tersebut jika anda tidak tahu daripada siapakah emel itu dan kenapa anda perlu membuka emel itu. Jika anda tidak pasti samada benar rakan anda menghantar emel, tanyalah mereka terlebih dahulu sebelum menerimanya.

5) Jangan masuki ruangan borak di dalam web yang membenarkan anda memindah terima fail. Pengodam (para penggodam) pasti akan menyamar di dalamnya dan menghantar anda fail yang tidak berguna.

6) Simpan salinan dengan kerap. Jika virus berjaya menjangkiti komputer anda, maka ia boleh merosakkan cakera keras anda. Dengan itu anda hendaklah melakukan salinan kandungan fail-fail penting sekerap yang mungkin.

7) Gunakan kata laluan (password) dengan bijak. Cuba pelbagaikan kata laluan anda dan tidak hanya menggunakan kata laluan yang sama setiap masa. Anda juga harus menukar kata laluan anda sekerap yang mungkin.

8) Lakukan scanning terlebih dahulu dengan anti virus sebelum menjalankan sebuah file yang didapat dari mendownload di internet atau mengkopi dari orang lain. Apabila anda biasa menggunakan sarana e-mail, berhati-hatilah setiap menerima attachment dalam bentuk file executable. Waspadai file-file yang berekstensi: *.COM, *.EXE, *.VBS, *.SCR, *.VB. Jangan terkecoh untuk langsung membukanya sebelum melakukan scanning dengan software anti virus.

9) Mengetahui dengan pasti apakah file atau program yang akan dikirim melalui email tersebut mengandung virus atau tidak.Mengetahui dan pastikan lampiran email tersebut dari siapa, sebelum disimpan atau dijalankan.

10) Gunakan enskripsi. Selain daripada perisian yang dinyatakan tadi,
anda juga boleh menggunakan perisian enskripsi iaitu untuk
mengubah bentuk fail anda kepada sebuah fail yang susah hendak
dibaca atau dibuka. Anda boleh cuba menggunakan perisian Pretty Good
Privacy(PGP). Anda boleh memindah terima fail PGP Data Security
Suite atau PGP Freeware daripada http://www.pgp.com.

11) Monitors (pemantau) sering dirujuk sebagai pemintas (interceptors) yang akan beroperasi semasa sistem sedang berjalan. Aturcara ini akan melakukan tugas-tugas seperti pemantauan masa nyata (real time) ke atas cakera dan fail; analisis kegiatan luar dugaan dan pengesanan virus polimorfik dan stealth. Dengan monitors, perisian antivirus sering beroperasi di belakang tabir dan ia pasti akan mengganggu penggunaan atau memperlahankan komputer di samping memakan ruang memori yang banyak.

12) Scanners sering dirujuk sebagai berasaskan tetanda kerana ia akan mencari tetanda ketara atau jejak virus.Ia akan memeriksa setiap fail berasaskan kepada kod tertentu yang dianggap sebagai virus. Ia akan menyimpan sebuah katalog virus yang besar danuntuk memberikan kesan yang lebih mendalam, Scanners perlu memeriksa pelbagai lokasi seperti sektor boot, memori sistem, partition table dan fail-fail. Malangnya, scanners tidak boleh mengesan virus baru yang tidak dikatalogkan,virus polimorfik dan virus stealth(samaran).

13) Pastikan anda mempunyai disket boot kecemasan kerana ia amat berguna sekiranya anda menghadapi masalah dan perlu memboot komputer anda dengan menggunakan disket tersebut dan bukannya fail `startup’ yang termuat di dalam pemacu cakera keras anda .Kebanyakkan pembekal antivirus membekalkan disket tersebut dan atau mereka boleh membantu anda untuk menyediakannya dengan mengikuti arahan yang diberikan.

14) Pastikan anda turut mengimbas semua disket khususnya yang pernah digunakan sebelum mengakses kandungannya.Pengimbasan ini biasanya mengambil sedikit masa dan anda mungkin perlu bersabar demi keselamatan komputer yang sedang digunakan.

15). Pastikan anda sentiasa berhati-hati semasa memindahkan fail menerusi sistem rangkaian di dalam sesebuah organisasi atau syarikat .Seboleh- bolehnya elakkan komputer anda daripada diakses oleh orang lain tanpa kebenaran anda.

16) Anda boleh juga memastikan perisian tersebut telah ditetapkan untuk pengimbasan secara automatik ketika komputer anda sedang boot dan apabila sesebuah disket atau fail sedang diakses.

17) Pemeriksa jenis ini sering dirujuk sebagai sistem pengesanan pelbagai tahap (multilevel) atau generic yang sering mengisi ruang yang ditinggalkan oleh pengimbas.Ia membaca cakera dan data rekod di samping memantau fail sama seperti pemantau.Ia akan memeriksa fail-fail untuk mengesan perubahan ciri-cirinya yang disebabkan oleh virus.Selain daripada teknik di atas terdapat juga teknik seperti Checksum Comparison- memeriksa aliran bit fail untuk mengesan perubahan dan Inoculator- memasukkan kod bit kecil ke dalam fail yang hendak diperiksa bagi menentukan fail tersebut mengalami masalah atau tidak.

18) Jika serangan yang dikenalpasti adalah begitu kritikal, cara terbaik adalah dengan cara memformatkan semula pemacu yang terkena serangan virus tersebut. Tetapi sebelum pemacu tersebut diformat, pastikan anda membuat back-up terlebih dahulu fail-fail yang penting kemudian musnahkan virus dengan menggunakan cara terawal sebelum memasukkan semula fail-fail tersebut ke dalam pemacu yang telah di format.

19) Selain daripada itu, bagi memastikan pemacu benar-benar selamat untuk digunakan semula, adalah lebih baik pemacu tersebut menjalankan proses LLF(Low Level Format) kerana dengan menggunakan LLF, cylinder, head, sector didalam pemacu berkenaan akan dibersihkan sepenuhnya.

0 ulasan:

cintaku

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."

(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."

(Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman)