Tunjukilah kami jalan yang lurus,

Ahad, 5 Februari 2012

ahad yg indah


...12 Rabiulawal =)..

semuanya telah tertulis utkku
untuk apa yang telah berlaku pada hari ini..
untuk apa sesebuah hubungan tanpa adanya kasih sayang.

kasih sayang pada mak ayah,pada guru dan sahabat mebuatkan hidup lebih bermakna..
tanpa kasih syang maka hilanlah semuanya. Seperti baginda Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak sempurna iman salah seorang di antara kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.”

Maka dengan itu, muhasabah balik diri anda "auni" perbaharui iman anda semula Rasulullah SAW bersabda, ‘Perbanyaklah mengucapkan laa ilaaha illallaah (tiada tuhan selain Allah)” (HR.Ahmad),
contohi baginda rasulullah,,(kenapa tak tom cruise) sebabnya “Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu sebaik-baik teladan bagi kamu (untuk diikuti) iaitu bagi orang yang mengharapkan (keredhaan) Allah dan (kemuliaan hidup) di akhirat dan orang yang banyak mengingati Allah”. (Surah al-Ahzab : ayat 21)
=)..supaya anda mendapat nikmat kebahagian yang kekal di syurga = “Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu.Tetapi jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah, bahwasanya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.(al- Baqarah : 208-209 ).

Sentiasa berserah diri kepada Allah SWT atas apa jua pekerjaan yang kita lakukan.
“Barang siapa bertawakal kepada Allah (SWT), nescaya Allah (SWT) mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)

Insyaallah dengan adanya panduan dan pegangan yang masih kuat,kan ku bisah menyanyagimu kerana Allah s.w.t. Tiada kasih yang setia melainkan kasih kerana Allah. =)
..moga selamat dalam penjagaan Allah s.w.t.
-dia sayang Allah, saya sayang Allah, KAMI SAYANG ALLAH =) -

Sabtu, 4 Februari 2012

nada cinta


di kejauhan antara dua hati..
terpaut rasa yang mendalam
yang tiada siapa tahu apa yang tersirat..
titisan air yang menitik bagaikan tiada waktu lagi untuknya
di imbau kembali detik 5 tahun yang lepas
terkadang rasa dirinya amat jauh dari masa lalu..
membuatkan hati berbuah rindu...


sang suria yang tenang mendamaikan waktu
disaat hampir tiada penghujungnya..
kerinduan yang dalam terbit di hati,,rindu pada dia dan kerana Dia,
insan yang pernah ada satu ketika dulu,
tika diri rasa jahilnya dihina,,
pemangkin semangat diantara semangat yang ada,,
tiada sapa yang tahu..kerana apa aku masih tetap setia.

air mata yang mengalir bagai tiada jumpa jalan keluar,,
menanti dan terus menanti tiada pengakhiran..
walau jasad tidak bersama,merasai liku kehidupan
ku yakin Dia bersamamu..
disetiap tadahan doaku..
moga cepat sembuh ...
maafkanku

Ahad, 20 November 2011

,..lafaz..

hujan menitis bagaikan mengungkap satu lafaz yang tersimpan..
rindu mengungkap di tirai pintu hati,meronta2 minta utk dilepaskan..
namun kerana kasih yang tersimpan dibiarkan saja..
biar hanya renungan mata yang bersuara..bukan tutur kata.

tidak lahirnya rindu tanpa izin darinya..
setiap inci yang berlaku ku biarkan saja..
membongkah arus lautan sekalipun takkan ku lakukan tanpa izinnya..
ketenangan yang ku dapat hanya keranaNya...
adakah hanya kerana lafaz yang tersimpan ku korbankan segalanya...
sepatutnya bukan itu perilakuKu..
kerana itu semuanya "RASA"...tidak sedalam lautan kasih yang telah ku terima..

hanya kerana lafaz yang tersimpan..
sukar utk diluahkan..biar hanya nafas di hujung helaian..
renungan MATA cukup mengantikkan
"LAFAZ YANG TERSIMPAN".

Isnin, 7 November 2011

..itu SAYA ..

.



.. Diam..


Hadis-hadis Rasullullah mengenai kelebihan diam yang bermaksud: "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya"
(Riwayat Abu Naim)

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas
dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)

.. untuk kamu ...

http://youtu.be/JDJ3pBqxwUM

Duhai kekanda usah membisu
Mengapakah bersedih
Duhai kekanda ku rasa sayu
Mengapa kau begitu
Dinihari petang menanti
Ku kesepian

Duhai adik kau tak mengerti
Mengapa ku begini
Kukenangkan kisah silam
Memori indah bersama
Apakah saat itu mungkin berulang
Ku harap saat itu akan berulang

Kiasan hidup ibarat roda
Kekadang di atas di bawah di atas semula
Redha dan syukur apa kehendak-Nya
Itulah tanda kasih sayang kita

Tutur katamu itu penuh bermakna
Kini hilanglah kerinduan di jiwa
Wahai kekanda tenangnya di hatiku
Melihat wajahmu kembali ceria

Duhai kekanda usah membisu
Mengapakah bersedih
Duhai kekanda ku rasa sayu
Mengapa kau begitu
Dinihari petang menanti
Ku kesepian

Duhai adik kau tak mengerti
Mengapa ku begini
Kukenangkan kisah silam
Memori indah bersama
Apakah saat itu mungkin berulang
Ku harap saat itu akan berulang

Kiasan hidup ibarat roda
Kekadang di atas di bawah di atas semula
Redha dan syukur apa kehendak-Nya
Itulah tanda kasih sayang kita

Tutur katamu itu penuh bermakna
Kini hilanglah kerinduan di jiwa
Wahai kekanda tenangnya di hatiku
Melihat wajahmu kembali ceria

..dugaan...

terbaca...terlihat....

***** lantas

Setiap kali kita berbicara berkenaan dengan dugaan orang yang beriman, kita seringkali diberitahu dugaan orang yang beriman cukup berat. Lalu kita diberikan contoh-contoh dugaan yang dihadapi oleh Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabat baginda. Kita ditanamkan terus dengan cerita-cerita bahawa alim ulama sebelum kita terpaksa bersusah payah menghadapi dugaan mereka.

Cerita-cerita dugaan orang yang beriman ini sedikit sebanyak menanamkan satu persepsi di dalam fikiran kita bahawa kita juga pasti akan diduga dengan dugaan yang berat jika kita ingin menjadi orang yang beriman. Tidak kurang juga ramai yang tidak mahu beriman kerana bimbang dengan dugaan yang berat yang bakal menimpa.

Kesilapan bertahun-tahun di atas persepsi ini membuatkan beriman itu seolah-olah menyusahkan iaitu pasti akan menempuh dugaan yang besar. Namun realiti dan hakikatnya tidak begitu.

Kita terlupa atau tidak sedar bahawa sebenarnya kehidupan Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat baginda cukup bahagia dan tenang. Baginda dan sahabat tidak pernah mengeluh dengan semua dugaan yang dihadapi kerana keyakinan kepada Allah SWT cukup kuat dan kukuh.

***

Persepsi yang selalu dikatakan hanyalah persepsi kepada yang melihat. Kita melihat dugaan orang yang beriman adalah cukup hebat dan berat. Tetapi bagi orang yang beriman itu, hakikatnya mereka menghadapi dugaan dengan cukup tenang dan dugaan itu tidak langsung memberikan apa-apa masalah dalam kehidupan mereka.

Seharusnya kita melihat hal ini dari persepsi orang yang beriman itu sendiri. Maka sebenarnya dugaan yang dihadapi oleh orang yang beriman itu sebenarnya hanyalah kecil atau langsung tidak dinamakan dugaan bagi orang yang beriman itu. Semuanya adalah ketentuan Allah SWT yang kita perlu lalui dengan berserah, pasrah dan redha.

Maka tidak perlulah kita bimbang dengan dugaan yang datang apabila setiap hari kita ingin berada dekat dengan Allah SWT. Semakin kita hampir dengan Allah SWT, semakin kukuh keyakinan kita kepada ketentuan Allah SWT. Kita akan berasa semakin ringan dugaan yang menimpa walaupun mereka yang melihat dugaan yang kita hadapi merupakan dugaan yang besar.

Semoga setiap saat, iman kita semakin bertambah. Amin


*****
beriman kah aku???

cintaku

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."

(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."

(Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman)