Tunjukilah kami jalan yang lurus,

Isnin, 21 Februari 2011

pantau n sekat akses

Kepantasan dunia Internet hari ini sedikit sebanyak menyumbang kepada keruntuhan moral generasi muda masakini. Setiap hari, ada saja laman web baru yang merosakkan dibangunkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab & mengambil kesempatan meracun minda anak-anak kita di atas nama globalisasi.

InsyaAllah pada hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda tentang perisian/software yang membolehkan kita memantau dan menyekat akses anak-anak kita ke laman-laman web yang tidak sepatutnya mereka lawati. Perisian yang ingin saya kongsikan di sini ialah, K9 Web Protection, dan ianya boleh didapati secara PERCUMA.

Sebelum saya menerbitkan artikel ini, saya telahpun mencuba beberapa perisian untuk tujuan yang sama seperti Windows Live Family Safety dan pendapat peribadi saya ialah K9 Web Protection ini adalah lebih mudah dan senang untuk diselenggarakan berbanding perisian-perisian yang lain.

Tidak seperti Windows Live Family Safety, pengguna hanya perlu mendaftar perisian ini sekali sahaja dan ianya terus boleh digunakan untuk komputer tersebut.

Laman Hadapan Bahagian Admin

ScreenShot023 300x166 Pantau Aktiviti Internet Anak Anda(Klik untuk besarkan imej)

Melihat aktiviti Internet anak anda

ScreenShot025 300x222 Pantau Aktiviti Internet Anak Anda(Klik untuk besarkan imej)

Setting – Pemilihan kategori laman-laman web untuk dipantau atau disekat

ScreenShot024 300x215 Pantau Aktiviti Internet Anak Anda(Klik untuk besarkan imej)

-perkongsian bersama-

-sebarkan walo sedikit-

0 ulasan:

cintaku

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."

(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."

(Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman)