Tunjukilah kami jalan yang lurus,

Isnin, 25 Mac 2013

SABAR dan SOLAT


Firman Allah swt: Hai orang-orang yang beriman, mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. (iaitu jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu). (Al-Baqarah 153) 

Muhasabah diri....

Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang Beriman. (Surah Al-Israa' 82)



leraikan segala keresahan...


(iaitu) orang-orang yang Beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. (Ar-Ra'd 28) 


Gementar kerananya (Al-Quran) kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingati Allah. (Az-Zumar 23) 


Sesungguhnya orang-orang yang Beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, (merasa takut, gerun dan menjurusnya taat suruhan dan tinggal larangan Allah) dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (kerananya),(kerana benarnya) dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal(bergantung, menyerahkan segalanya). (Al-Anfaal 2) – Tafsir ibn Kathir. 




dan perjalanan ini hanyalah sementara....


Dan yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah walaupun dia tidak melihatnya. Maka berilah mereka khabar gembira dengan ampunan dan pahala yang mulia. (Yaasiin 11) 



 Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang Beriman dan berbuat baik, bahawa bagi mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. (Al-Baqarah 25)



Sabda Nabi saw: Tidaklah seorang muslim tertimpa kesakitan kerana tusukan duri, atau yang lebih sakit darinya, kecuali Allah akan menghapus dosa-dosa dengannya, sebagaimana pohon menggugurkan daun-daunnya. (Hr Bukhari) 



“Sesungguhnya Allah bila mencintai sesuatu kaum, maka Dia akan memberikan cobaan kepada mereka”. (Hr at-Tirmidzi, hadis hasan gharib) 



bukanlah sesuatu yang sia sia...



Bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada golongannya. (Hr Muslim) 


Sebaik-baik kamu ialah yang belajar Al-Quran dan mengajarnya. (Hr Bukhari) 



Sesiapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah (Al-Quran), maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan itu dibalas dengan sepuluh kali lipatnya. Tidaklah aku maksudkan Aliflammim satu huruf, akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf, dan mim satu huruf. (Hr at-Tirmidzi, hadis hasan sahih gharib)




REDHA ALLAH ..kebahagian dan ketenangan yang sebenar..



 "Nikmat yang cukup berharga dan besar. Iaitu Iman dan Islam. Yang menyerahkan dirinya, yang membenarkan hatinya. Beruntunglah dan beruntungnya mereka yang dapat dan mampu beroleh mengecapinya" 



 Akhiranya, sama-sama sentiasa mengingati pesan Nabi saw ini: “Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda, tetapi kekayaan sebenar ialah kekayaan jiwa”. (Hr Bukhari dan Muslim) 


DAN.....

LAZIMILAH DOA dlm MATHSURAT...

"Ya Allah ,sesungguhnya hambamu berlindung kepadaMu , dari rasa sedih dan gelisah, dari sifat lemah dan malas, dari sifat pengecut dan bakhil dan dari cengkaman hutang dan penindasan manusia "

Aamiin Ya Rabb.

.....UBATLAH HATI itu..................
jika masih tidak boleh, mintalah HATI yang baru....


0 ulasan:

cintaku

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."

(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."

(Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman)