Tunjukilah kami jalan yang lurus,

Isnin, 16 November 2009

MAKNA SEORANG SAHABAT

bAHASA YANG Cukup indah untuk mengambarkan makna sahabat..
tq kepada yang menghasilkannya.

Persahabatan yang di dasari cinta kerana ALLAH adalah sangat indah.Di sulami dengan iman dan taqwa serta mempunyai misi dan visi yang serupa meneguhkan lagi tali ukhuwah yang terbina.


Mencari seorang sahabat sejati,sesejati Abu Bakar as-siddiq itu amat sukar sekali.Ibarat mencari mutiara yg tersembunyi di dalam seribu tiram di lautan dalam yang sangat luas.Seribu kawan yang hadir tidak menyamai seorang sahabat yang sejati.Semua yang berada di sekeliling dan bersama-sama di dalam jalan dakwah adalah sahabat yang sehidup semati kerana ALLAH.Tetapi,jiwa ini sering merasakan kekosongan.Kekosongan yang perlu terisi.


Seperti Nabi Musa.a.s yang bermohon kepada ALLAH agar menjadikan Nabi Harun.a.s,saudara baginda menjadi teman di medan menyeru Firaun dan para manusia ke jalan ALLAH,maka ana jua inginkan seorang teman sejati yang menjadi teman dalam medan dakwah ini.Teman penguat diri kala terjatuh dan alpa dengan dunia.


Alhamdulillah,ALLAH kurniakan hamba-Nya ini dengan ramai sahabat dan kawan.Sahabat di medan juang dan kawan di medan pendakwahan menyeru mereka ke jalan ALLAH.Allah jualah yang mempermudahkan urusan hamba-Nya.memudahkan bicara menyeru madhu berdasarkan panduan Hidayah ALLAH.Segala puji hanya layak untuknya Ya Rabbi.


Teman ibarat cermin.Ketika memandang cermin,apakah yang akan kelihatan?Sudah tentulah yang kelihatan di cermin itu adalah sekujur tubuh anda,pakaian yang sama,wajah yang sama,hati nurani yang sama.


Tetapi,tidak semua sahabat menepati metafora tersebut.Ada ramai yang berhajat untuk mengajak kawannya kepada kebaikan,lalu tanpa kekuatan iman..dia gagal ,malah imejnya pula mengikut perbuatan kawannya yang berdiri di hadapan cermin..Maka,itu bukanlah sahabat,tetapi kawan.


* Sahabat dan kawan..


Pernah pada suatu hari ana membaca luahan hati seorang adik.Merintih dan mengeluh kerana kawan-kawan yang di percayaai itu rupanya gunting dalam lipatan.Dia merupakan ketua kelas.Ketika kawan-kawannya tidak hadir,maka dia pun membantu menandatangani attendance sheet.Tetapi apabila ketidak hadirannya di kuliah,maka kawan-kawannya engan membantunya.Ada pula kawan-kawannya yang berkata belakang dan mengkritik dengan pedas.Lalu,sangat kecewa akan perbuatan rakannya,dia mula meluahkan di dalam blog.

Daripada peristiwa ini,ana mula mengenal pasti makna di sebalik kawan dan sahabat.


* Apakah perbezaan kawan dan sahabat?

Sabda Rasulullah.s.aw:


Sahabat yang baik adalah sahabat yang membenarkan kita apabila melakukan kebaikan dan menegur andai melakukan kemungkaran.Sahabat yang tidak baik bukan sahaja menentang perbuatan baik yang kita lakukan,malah meyokong dan menyuruh melakukan kemungkaran…

Di era kemodenan ini,banyak sekali kawan-kawan pejuang kemungkaran.Jika bercinta dan bercouple,kawan tersebut menyokong dan berasa gembira..jika melakukan kebaikan pula..mereka akan berkata..”ko buang tabiat ke hari ini”..ataupun. “jangan la berubah..kami nak kamu yang dulu”.


Berhati-hatilah dengan kata-kata.Barangkali kata-kata tersebut akan membawa kita kepada lautan neraka yang membara.


Ya..umat islam semakin mengalami kejahilan berkenaan agama sendiri.Yang baik menjadi aneh,yang jahat menjadi kegembiraan.


Adakah dengan membantu kawan menandatangani attendance sheet,kita sudah melakukan kebaikan?


Kita telah membantunya melakukan kemungkaran dan bahananya terpalit pada kita.


Itulah yang di namakan bersahabat atas nama kepentingan selain ALLAH.


Mengharapkan balasan yang setimpal atas apa yang telah mereka sumbangkan.Dan,kawannya juga mungkin akan terhutang budi dan terpaksa membantunya dengan tidak rela.


“Takpe la..aku tolong kau..esok-esok aku susah,ko pulak kena tolong aku”


Dan persahabatan itu akan menjadi suatu hubungan yang menyeksakan zahir dan batin.Terpaksa membayar hutang budi yang di tabur.


Tidakkah ia menyekutukan ALLAH?Melakukan sesuatu bukan kerana ALLAH,tetapi kerana tidak mahu kawannya terkecil hati.


Maka,mari kita kembali menyelak lembaran hadis 4o,hadis pertama:segala perbuatan bergantung kepada niat.


Melakukan sesuatu untuk mengembirakan kawan atas dasar ingin mengajak kepada kebaikan(makruf)dan mencegah kemungkaran tanpa mengharapkan balasan duniawi.Tingginya nilai persahabatan itu.Tanpa mengharapkan balasan duniawi.Segala-galanya di lakukan adalah tulus tanpa sebarang terhutang budi.Itu juga adalah salah satu method dakwah-(Anda boleh rujuk di dalam Buku Bagaimana memikat hati-Abas as-sisi).Bagi sesiapa yang telah membacanya,maka kita akan tertarik dengan method dakwah Hassan al-banna yang penuh berseni itu.


Jika persahabatan itu di niatkan kerana kebijaksanaan nya.kepopularitinya,kecantikannya, keserdikannya,..maka itulah yang akan kita peroleh.


“Barangsiapa mengkehendaki keuntungan di akhirat akan KAMI tambah keuntungan itu baginya,dan barangsiapa mengkehendaki keuntungan di duniaKami berikan kepadanya sebahagian darinya(keuntungan dunia),tetapi dia tidak akan mendapat bahagiaan di akhirat-(Asy-Syura .ayat 20)

Sahabat adalah manifesti daripada kisah-kisah para sahabat sahabiah Rasulullah.s.a.w.Jika bersahabat,Abu Bakar as-siddiq sangat setia dengan sahabatnya.Rasulullah.s.a.w.Sanggup meletakkan kakinya di lubang ular sehingga kakinya di patuk.Tiada apa-apa kepentingan diri.Malah diri di korbankan demi sahabat kerana ALLAH.


Saidatina Aisyah.r.a,ketika di fitnah berkhalwat..walaupun madu-madu beliau agak cemburu dengannya,tetapi madu-madunya tetap berkata yang benar berlandaskan keimanan.


”Tidak pernah kami Nampak satu keburukan pun pada Aisyah,melainkan kebaikan”.


Boleh sahaja mereka memburukkan Aisyah kerana perasaan cemburu,tetapi di sebabkan keimanan yang tinggi..maka mereka berkata yang benar-benar sahaja.


* Sahabat yang baik membawa ke syurga.

Ada suatu cerita.2 orang bersahabat baik.Ketika di hisab di Mizan,seorang sahabat berat amalan dosa.Lalu ALLAH masukkannya kedalam neraka.Seorang sahabat lagi,berat pula timbangan pahala.Lalu ALLAH memasukkannya ke dalam syurga.Tetapi dia enggan dan berasa kasih kepada sahabatnya.Dia bermohon kepada ALLAH agar memasukkannya ke dalam neraka juga.Atas kasih sayang yang terbina,lantas ALLAH masukkan mereka ke dalam syurga.


Dalam sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Muslim :


“Manakah orang yang berkasih sayang dengan sebab kemulian-Ku?..Kerana hari ini Aku akan naungi mereka dengan naungan-Ku pada hari yang tiada naungan lagi selain naungan-Ku”

Selain itu,terdapat kisah yang di ceritakan Rasulullah.s.a.w kepada sahabat tentang Seorang sahabat yang ingin menziarahi sahabatnya di kampong yang lain.Lalu ALLAH.s.w.t mengutuskan malaikat untuk bertemu dengan lelaki itu


Malaikat yang menyamar sebagai manusia lalu bertanya kepada lelaki itu, “Kemana engkau ingin pergi?”.Lelaki itu menjawab “Aku ingin pergi bertemu sahabatku di kampong ini.”.Lalu di soal lagi lelaki itu tentang tujuannya menziarahi sahabatnya itu.Lelaki itu menjawab dengan jawapan yang sangat indah mengenai sebab utama dia ingin menziarahi sahabatnya,iaitu.”Aku mengasihi sahabatku kerana ALLAH .s.a.w”


Maka malaikat itupun terus membritahunya bahawa dirinya adalah malaikat yang di suruh untuk memberitahu lelaki tersebut bahawa ALLAH mengasihinya sebagaimana dia mengasihi saudaranya kerana ALLAH


Kisah ini cukup besar ertinya bagi memberikan maksud sejauh mana nilai dan harga persahabat yang berlandaskan keredhaan ALLAH.Persahabatan yang membawa kepada cinta ALLAH.


* Di mana sahabat itu?


Terasa kekosonga di jiwa biarpun di anugerahkan ramai sahabat dan kawan.Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini.Mencari dan terus mencari seorang sahabat sejati yang benar-benar serumpun dengan kita tidak akan menjamin kebahagian.Kerana semuanya akan mempunyai cacat celanya serta kekurangan.Belajarlah menerima kelemahan sahabat dan memaafkan kekhilafannya.Setiap sahabat yang ALLAH kurniakan mempunyai sifat-sifat unik tertentu yang menyebabkan kita sukar untuk melupakannya dari minda kita yang semakin bersarang rasa cinta Ukhuwah kerana ALLAH itu.


Jadikan persahabatan ini bukan hanya persahabatan di dunia yang fana,tetapi persahabat yang membawa ke sampai syurga yang indah.di sana tiada hasad dengki,tiada kesombongan,tiada persengketaan.Yang ada hanyalah para mukmin yang saling bersahabat kerana kasih kepada ALLAH.

0 ulasan:

cintaku

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."

(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."

(Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman)