Rasulullah s.a.w bersabda yang  bermaksud: ”Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh  Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan  Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang  sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut  dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di  mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang  diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan  zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang  bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu  sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh  tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi  lalu mengalir air matanya.”
(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Huraian
1. Pemimpin yang adil adalah pemimpin yang dapat menjalankan  tanggungjawabnya dengan baik. Nasib rakyatnya adalah terletak di  tangannya. Tanggungjawab yang dipikul oleh pemerintah dalam melaksanakan  keadilan itu adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi  seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya.  Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar  sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab  menanti di akhirat kelak.
2. Manakala pemuda yang kuat beribadah adalah menunjukkan betapa di usia  sebegini (muda) seseorang itu terpaka mengharungi berbagai cabaran dan  godaan. Oleh itu bagi orang yang berjaya mendidik nafsunya dengan baik  dia akan beruntung kerana mempunyai kekuatan dari segi fizikal dan  mental untuk melakukan kebaikan dan beribadah kepada Allah. Begitulah  sebaliknya bagi mereka yang terjerat dengan pujuk rayu syaitan maka  seluruh usia mudanya akan dihabiskan untuk melakukan maksiat dan dosa.  Sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang  manusia adalah ketika di alam remaja kerana di usia muda seseorang itu  mendapat peluang yang banyak untuk menghadapi masa hadapannya, badannya  sentiasa sihat, tenaganya kuat, pendengaran dan penglihatannya tajam dan  sempurna. Bahkan di masa muda juga berbagai-bagai ujian dan godaan  terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi  rintangan-rintangan ini bahkan usia mudanya itu diisi dengan amal ibadat  serta memberikan khidmat cemerlang kepada agama, masyarakat dan negara.
3. Orang yang berjinak dengan masjid pula sudah tentu mendapat jaminan  syurga oleh Allah kerana ia telah menjadi tetamu Allah dan mengimarahkan  masjid (rumah) Allah dengan amal ibadat dan ini menjadikan hati mereka  sentiasa dekat dengan Allah. Sesungguhnya terdapat hadis yang  menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya  amat besar di sisi Allah S.W.T dan diketegorikan sebagai suatu sedekah.  Maka apatah lagi bagi orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid  dan sentiasa mengunjunginya untuk beribadah, ganjarannya tentulah lebih  besar lagi.
4. Sedangkan orang yang berkasih sayang kerana Allah merupakan mereka  yang mempunyai nilai-nilai yang dituntut oleh Islam iaitu ikhlas dalam  menjalinkan hubungan silaturrahim dan ingat-mengingatkan tentang  kebaikan antara satu dengan yang lain. Hubungan yang terjalin di atas  dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas-batas  agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke  arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan  sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan tersebut  mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.
5. Menolak daripada melakukan maksiat apalagi zina merupakan tanda  kekuatan iman seseorang yang berjihad melawan nafsunya dan bisikan  syaitan yang menggoda. Oleh itu mereka yang berjaya melakukannya adalah  orang yang teguh imannya, tidak mudah goyah untuk melakukan sebarang  kejahatan. Ini menunjukkan tentang keimanan dan ketaqwaan yang sebenar  telah berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini  bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah  terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan  zina tanpa takut tentang dosanya.
6. Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya  tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya. Ia menggambarkan  mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai  orang yang dapat menyembunyikan kebaikan yang dilakukannya melainkan  akan terdapat jua perasaan riya’ dan ingin menunjuk-nunjuk supaya  mendapatkan pujian atau sanjungan dari orang ramai atau  sekurang-kurangnya ada orang yang mengetahui kebaikan yang dilakuknnya  itu.
7. Orang yang mencintai Allah S.W.T dengan hati yang ikhlas semestinya  akan merasa keagungan dan kebesaran Allah. Oleh itu di saat ia  bertafakur kepada Allah akan keluarlah air mata kerinduan dan keinsafan  dari dalam dirinya. Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai  perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan  dan menghayati tentang kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta  sifat-sifat-Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan  jiwanya terhindar daripada perkara-perkara yang melalaikan.
Petikan artikel dari http://cahayamukmin.blogspot.com
 
 
 "Allah! 
      None has the right to be worshipped but He, the Ever Living, the One Who 
      sustains and protecs all the exists. It is Who has sent down the Book (Al 
      Quran) to you with the truth, confirming what came before it, and He sent 
      down the Taurat (Torah) & the Injil (Gospel)."
(Surah Ali 
      Imran: 2-3)
"Allah! 
      None has the right to be worshipped but He, the Ever Living, the One Who 
      sustains and protecs all the exists. It is Who has sent down the Book (Al 
      Quran) to you with the truth, confirming what came before it, and He sent 
      down the Taurat (Torah) & the Injil (Gospel)."
(Surah Ali 
      Imran: 2-3)

 




0 ulasan:
Catat Ulasan